Jumaat, 25 Jun 2010

SEBAB TAYAR KENDERAAN HAUS

Apakah yang menyebabkan tayar kenderaan haus dan tidak rata.Kehausan tayar yang tampak beralun atau bertompok pada satu bahagian tayar menggambarkan kerosakan penyerap hentak.Tayar ketara haus pada keseluruhan tayar.
Kehausan tayar boleh terjadi kerana kerosakan pada galas tayar yang haus dan longgar dan galas sterring yang terletak pada tengkuk motosikal anda.
Keseimbangan tayar perlu diperiksa semula jika didapati tayar masih bergegar,kerana kesimbangan tayar boleh hilang jika tayar mengalami pelanggaran lopak jalan terutamanya pada tayar yang menggunakan rim tayar lidi.
Rim sport lebih teguh dalam menghadapi keadaan jalan yang kurang memuaskan kerana ia tidak mudah bengkok.
Selain itu tayar yang sering haus di bahagian tengah saja disebabkan tekanan angin tayar terlalu tinggi, ssmentara kehausan pada kedua-dua sisi disebabkan angin yang tidak cukup.
Penggunaan tayar bersaiz kecil meningkatkan kehausan tayar kerana saiz permukaannya lebih kecil.Ia memberi kesan negatif kepada pemanduan dan kawalan motosikal anda.
Selain meningkatkan kehausan tayar berbanding tayar bersaiz standard,kebolehan mengambil selekoh juga terjejas walaupun tayar kecil akan lebih ringan dan laju terutama dijalan lurus.
Kuasa membrek akan berkurangan dan tahap keselamatan secara keseluruhan serta menurun kerana saiz tayar kecil tidak dapat menampung keperluan motosikal dari segi berat dan saiz motosikal itu sendiri.
Oleh itu penggunaan tayar kecil tidak digalakkan

Selasa, 15 Jun 2010

INJIN MATI TIBA TIBA-APA NAK BUAT?

Panduan pemeriksaan berikut mungkin boleh anda lakukan ketika berhadapan dengan masalah itu.Lakukan pemeriksaan berikut mengikut turutan.
 Periksa air bateri.Pastikan air bateri cukup iaitu paras airnya mesti merendam keseluruhan plat bateri.
 Periksa kepala bateri,pastikan tidak berkarat atau mempunyai keladak putih dan ketat. Jika berkarat,buka kepala bateri,kikis karat dengan kertas pasir atau pemutar skru,selepas itu pasang balik dengan ketat.
 Periksa air radiator.Jika kering tambahkan.
 Periksa palam pencucuh jika terdapat kesan minyak,bersihkan.Tukar dengan palam pencucuh sekiranya ia terlalu kotor atau sudah lama tidak menukarnya.Untuk mengelakkan masalah lain berulang pemilik kenderaan digalakkan menukarkan palam pencucuh setiap 40,000 kilometer.
 Periksa “coil”.Biasanya apabila ia panas,ia menjadi punca kenderaan sukar dihidupkan.Puncanya dalam keadaan normal coil mesti sejuk.
 Tunggu sehingga sejuk dan hidupkan kereta.Sekiranya boleh dihidupkan pergi ke bengkel terdekat untuk menukarnya dengan yang baru.
 Jika selepas menukar “coil” masih sukar untuk dihidupkan ia bermakna berlaku kerosakan pada bahagian kondeser.
 Jika ketika kenderaan dihidupkan ia tersengguk-sengguk kemungkinan besar masalah berkenaan berpunca daripada penapis minyak yang tersumbat.

Isnin, 24 Mei 2010

KENAPA PENYELENGARAAN KENDERAAN BERKALA MUSTAHAK

Sama ada anda menggunakan kereta terpakai atau baru, aspek yang perlu diambil berat adalah prestasi serta keselamatannya. Jika bercadang membeli kereta terpakai, seboleh-bolehnya bawa bersama mekanik atau rakan yang mahir bagi memeriksa kenderaan yang hendak dibeli,membolehkan kita mengesan kerosakan. Bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak bermasalah, pemilik dinsihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala.BAGAIMANA Dapatkan nasihat dari pusat servis supaya anda boleh lakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang. Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala, pengguna mengetahui keadaan kenderaan seperti mengesan bahagian atau komponen yang haus atau rosak dan perlu diganti. Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak kereta tidak berfungsi ketika dalam perjalanan, terutama ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh. Suatu langkah bijak ialah pemilik kenderaan menjadualkan penyelenggaraan dan menetapkan waktu yang sesuai untuk kerja membaikinya.Ha... sebab tu lah di SYED SERVICE CENTRE kami mensarankan kenderaan anda diperiksa secara berkala Ramai yang tidak mengambil berat untuk melakukan pemeriksaan, sebaliknya hanya mengharapkan pusat servis melakukannya sedangkan antara tempoh servis itu, pelbagai masalah boleh berlaku. Sebahagian pemeriksaan boleh dilakukan sendiri, seperti bunga dan tekanan angin tayar, tehap minyak pelincir, air bateri dan pengelap cermin. Jadikan amalan berjalan mengelilingi kereta setiap pagi sambil memeriksa tekanan angin tayar, lampu isyarat serta lampu besar agar sebarang kerosakan boleh dikesan. Jika kadar kehausan pada tayar tidak seimbang, menunjukkan penjajaran tayar tidak betul dan perlu dijajar semula. Jika jajaran roda sentiasa sempurna, jangka hayat tayar yang sekarang makin mahal, akan lebih lama membolehkan kita menjimatkan kos. Sekurang-kurangnya seminggu sekali periksa bahagian enjin,terutama tahap minyak pelincir, cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri. Jika tahap minyak pelincir berkurangan,periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak akan berkurangan jika enjin sempurna. Begitu juga dgn cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diganti atau tidak. Bateri yang kekurangan cecairnya boleh membawa padah, termasuk bateri tidak berfungsi dan lebih buruk ia menjadi panas dan terbakar. Air dalam radiator perlu di periksa selalu kerana ia amat penting memastikan enjin tidak terlalu panas, terutama ketika kesesakan lalu lintas. Pastikan anda mengganti minyak gear, sama ada manual atau automatik, mengikut jadual waktu ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatannya lalu gagal melindungi geseran komponen gear.Senang citer macam nila join SSC MEMBERCLUB kami bagi diskaun utk pembaikan dan penyelengaraan kereta anda,ada breakdown kome pegi, tayar pancit kome tukarkan ,battery weak kome tukarkan ,PERCUMA lagi kos tenga kerja la.Hubungi kami untuk keterangan lanjut di 09-2971425 kedatangan anda dialu alukan


Jumaat, 4 Disember 2009

Asalamualaikum
Tawaran yang tak dapat anda menolaknya
Lebih nilai lebih baik,ianya hadir di setiap penghujung tahun dimana kami ingin menghabiskan stok yang ada
Bagi yang pertama kali datang,daftarkan diri anda untuk menjadi SSC Motor Club agar harga promosi ini dapat anda nikmati sepanjang tahun serta bermacam macam lain lain kemudahan antaranya:
1-Free breakedown service 24 jam*
2-Cucian percuma setiap kali tukar minyak injin
3-Ambil dan hantar kenderaan *
4-Promosi bulanan
5-Potongan harga servis dan alatganti*
5-Dll
Jadi jangan berlengah lagi ,untuk keahlian kami menghadkan 100 orang sahaja setiap tahun,kalau dah cukup tunggu tahun hadapan
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 09-2971425 atau 019-9191425
*Terma dan Syarat di kenakan

Jumaat, 9 Januari 2009

Cara Menyimpan Kereta Dalam Jangkamasa Lama


Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan,tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi.Malah bagi mereka yang sering berurusan diluar negara,pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan. Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama samaada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan situasi demikian letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin.

Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan. Langkah pertama ialah dengan mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.

Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, Ia bertujuan mengatasi masaalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak injin dan penapisnya.

Titiskan minyak injin baru keselinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masaalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiator. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia mambantu anda untuk mengatasi masaalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.

Jumaat, 2 Januari 2009

Cara Menghidupkan Kereta Apabila Bateri Lemah

Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau memenuhi temu janji.

Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walau pun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.
Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin.

Kedua, menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.


2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.

Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak. Kejadian itu bukan kali pertama terjadi.

Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi. Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburetor tetap melimpah. Dalam hal ini, bawalah ke mekanik anda untuk dibaiki.

Rabu, 31 Disember 2008

Kenapa Perlu Tukar Minyak Pelincir Ikut Jadual

PENUKARAN MINYAK PELINCIR KENDERAAN MESTILAH MENGIKUT JADUAL. Minyak pelincir hilang daya pelincirannya sedikit demi sedikit apabila digunakan kerana didedahkan pada haba enjin dan tahap oksida minyak itu sendiri.

Haba juga mengubah struktur molekul minyak pelincir, menyebabkan ia kehilangan daya pelinciran. Selain itu, minyak menjadi kotor kerana ia bercampur dengan bahan logam yang haus apabilaenjin beroperasi.

Logam terhaus ini tidak kelihatan dengan mata kasar, namun ia wujud dan ditakung dalam takungan minyak. Oleh itu, wajar ia ditukar dengan minyak baru sementara daya pelinciran masih berada dalam tahap yang boleh diterima kerana minyak pelincir mengandungi bahan pembersih untuk mencuci enjin.

Minyak pelincir menyumbang kepada penyejukan enjin dan daya penyejukan ini menurun melalui masa. Minyak lama menyebabkan enjin beroperasi lebih panas dari biasa dan menyebabkan kehausan melampau.

SELAIN minyak, pastikan semua peralatan boleh servis (serviceable parts)
seperti penapis minyak, penapis udara dan palam pencucuh ditukar
menepati julat kilometer yang dicadangkan pengeluar motosikal. Ini
dapat menjamin ketahanan enjin dan operasi enjin yang baik.

Jadikan hujung minggu atau hari tidak bekerja sebagai masa untuk merawat kereta. Periksa tali sawat (belting) Alternator, aircond belt, power steering belt anda dan cuci habuk atau pasir yang melekat untuk mengelakkan kehausan melampau.


Tukar minyak pelincir setiap 5,000 kilometer.

MINYAK pelincir adalah bahan terpenting bagi sesebuah enjin kenderaan sebelum komponen di dalamnya itu boleh digerakkan dengan lancar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan
bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air. Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 kilometer atau empat bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan. Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Mengikut beberapa kajian, adalah disyorkan anda mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan keluar.

Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu. Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.

Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.
Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam. Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.
Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.
Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi apabila ia kotor, maka perlu diganti baru segera.