Jumaat, 25 Jun 2010

SEBAB TAYAR KENDERAAN HAUS

Apakah yang menyebabkan tayar kenderaan haus dan tidak rata.Kehausan tayar yang tampak beralun atau bertompok pada satu bahagian tayar menggambarkan kerosakan penyerap hentak.Tayar ketara haus pada keseluruhan tayar.
Kehausan tayar boleh terjadi kerana kerosakan pada galas tayar yang haus dan longgar dan galas sterring yang terletak pada tengkuk motosikal anda.
Keseimbangan tayar perlu diperiksa semula jika didapati tayar masih bergegar,kerana kesimbangan tayar boleh hilang jika tayar mengalami pelanggaran lopak jalan terutamanya pada tayar yang menggunakan rim tayar lidi.
Rim sport lebih teguh dalam menghadapi keadaan jalan yang kurang memuaskan kerana ia tidak mudah bengkok.
Selain itu tayar yang sering haus di bahagian tengah saja disebabkan tekanan angin tayar terlalu tinggi, ssmentara kehausan pada kedua-dua sisi disebabkan angin yang tidak cukup.
Penggunaan tayar bersaiz kecil meningkatkan kehausan tayar kerana saiz permukaannya lebih kecil.Ia memberi kesan negatif kepada pemanduan dan kawalan motosikal anda.
Selain meningkatkan kehausan tayar berbanding tayar bersaiz standard,kebolehan mengambil selekoh juga terjejas walaupun tayar kecil akan lebih ringan dan laju terutama dijalan lurus.
Kuasa membrek akan berkurangan dan tahap keselamatan secara keseluruhan serta menurun kerana saiz tayar kecil tidak dapat menampung keperluan motosikal dari segi berat dan saiz motosikal itu sendiri.
Oleh itu penggunaan tayar kecil tidak digalakkan

Selasa, 15 Jun 2010

INJIN MATI TIBA TIBA-APA NAK BUAT?

Panduan pemeriksaan berikut mungkin boleh anda lakukan ketika berhadapan dengan masalah itu.Lakukan pemeriksaan berikut mengikut turutan.
 Periksa air bateri.Pastikan air bateri cukup iaitu paras airnya mesti merendam keseluruhan plat bateri.
 Periksa kepala bateri,pastikan tidak berkarat atau mempunyai keladak putih dan ketat. Jika berkarat,buka kepala bateri,kikis karat dengan kertas pasir atau pemutar skru,selepas itu pasang balik dengan ketat.
 Periksa air radiator.Jika kering tambahkan.
 Periksa palam pencucuh jika terdapat kesan minyak,bersihkan.Tukar dengan palam pencucuh sekiranya ia terlalu kotor atau sudah lama tidak menukarnya.Untuk mengelakkan masalah lain berulang pemilik kenderaan digalakkan menukarkan palam pencucuh setiap 40,000 kilometer.
 Periksa “coil”.Biasanya apabila ia panas,ia menjadi punca kenderaan sukar dihidupkan.Puncanya dalam keadaan normal coil mesti sejuk.
 Tunggu sehingga sejuk dan hidupkan kereta.Sekiranya boleh dihidupkan pergi ke bengkel terdekat untuk menukarnya dengan yang baru.
 Jika selepas menukar “coil” masih sukar untuk dihidupkan ia bermakna berlaku kerosakan pada bahagian kondeser.
 Jika ketika kenderaan dihidupkan ia tersengguk-sengguk kemungkinan besar masalah berkenaan berpunca daripada penapis minyak yang tersumbat.