Rabu, 31 Disember 2008

Kenapa Perlu Tukar Minyak Pelincir Ikut Jadual

PENUKARAN MINYAK PELINCIR KENDERAAN MESTILAH MENGIKUT JADUAL. Minyak pelincir hilang daya pelincirannya sedikit demi sedikit apabila digunakan kerana didedahkan pada haba enjin dan tahap oksida minyak itu sendiri.

Haba juga mengubah struktur molekul minyak pelincir, menyebabkan ia kehilangan daya pelinciran. Selain itu, minyak menjadi kotor kerana ia bercampur dengan bahan logam yang haus apabilaenjin beroperasi.

Logam terhaus ini tidak kelihatan dengan mata kasar, namun ia wujud dan ditakung dalam takungan minyak. Oleh itu, wajar ia ditukar dengan minyak baru sementara daya pelinciran masih berada dalam tahap yang boleh diterima kerana minyak pelincir mengandungi bahan pembersih untuk mencuci enjin.

Minyak pelincir menyumbang kepada penyejukan enjin dan daya penyejukan ini menurun melalui masa. Minyak lama menyebabkan enjin beroperasi lebih panas dari biasa dan menyebabkan kehausan melampau.

SELAIN minyak, pastikan semua peralatan boleh servis (serviceable parts)
seperti penapis minyak, penapis udara dan palam pencucuh ditukar
menepati julat kilometer yang dicadangkan pengeluar motosikal. Ini
dapat menjamin ketahanan enjin dan operasi enjin yang baik.

Jadikan hujung minggu atau hari tidak bekerja sebagai masa untuk merawat kereta. Periksa tali sawat (belting) Alternator, aircond belt, power steering belt anda dan cuci habuk atau pasir yang melekat untuk mengelakkan kehausan melampau.


Tukar minyak pelincir setiap 5,000 kilometer.

MINYAK pelincir adalah bahan terpenting bagi sesebuah enjin kenderaan sebelum komponen di dalamnya itu boleh digerakkan dengan lancar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan
bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air. Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 kilometer atau empat bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan. Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Mengikut beberapa kajian, adalah disyorkan anda mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan keluar.

Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu. Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.

Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.
Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam. Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.
Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.
Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi apabila ia kotor, maka perlu diganti baru segera.

Selasa, 30 Disember 2008

Premis kami ( DIS '08 )

Ini adalah beberapa gambar di premis kami, ianya di ambil pada hari cuti (tiada aktiviti).

Kami mempunyai kawasan premis yang luas. Kami mempunyai 9 lot 'Working Bay' yang boleh menempatkan kapasiti 9 buah kenderaan pada satu-satu masa.

Disamping itu, kami juga mempunyai bilik menunggu berhawa dingin ( 18' X 24 ' ) untuk pelanggan berehat. Kami turut menyediakan kemudahan bahan bacaan dan tv.

Seperti yang dimaklumkan dalam artikel sebelum ini, kami dalam proses untuk meningkatkan fasiliti kemudahan kami untuk keselesaan pelanggan. Semoga gambar ini diabadikan sebagai kenangan selepas perubahan yang akan kami lakukan kelak. InsyaAllah..

Kunjungi kami untuk memberikan sokongan anda kepada perniagaan kami..

Lokasi Kami



Untuk para pelanggan yang dihormati sekalian, di atas kami paparkan lokasi premis perkhidmatan kami sebagai rujukan..

Kami dalam proses untuk meningkatkan fasiliti kemudahan kami untuk keselesaan para pelanggan kami..

p/s - sila klik pada gambar untuk besarkan...TQ

Isnin, 29 Disember 2008

Kad Keahlian SSC Motor Club

Kepada pelanggan yang dihormati..,

Bermula tahun 2009, penyertaan keahlian SSCMC telah dibuka kepada umum. Pelbagai keistimewaan dan promosi akan kami tawarkan kelak..

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!..

Jadilah ahli berbayar kepada SSC Motor Club segera untuk menikmati kemudahan yang kami sediakan kelak..

Berikut adalah contoh kad keahlian SSCMC yang sedang kami usahakan..

Ini adalah main view,



Dan yang ini adalah backview...


Hubungi/kunjungi kami untuk maklumat lanjut...

Sabtu, 27 Disember 2008

WHY IS VEHICLE MAINTENANCE IMPORTANT?


Your vehicle has hundreds of moving parts all working together. Through normal driving over time, some of these parts simply wear out or no longer perform the way they should.
To make sure that your vehicle is running at its best, your vehicle manufacturer recommends that certain parts and systems are checked at certain intervals. By following their recommendations, more costly repairs down the road may be avoided.

At Syed Service Centre, we follow your vehicle manufacturer's recommendations. When a maintenance service is suggested based on the mileage or age of your vehicle, our auto care advisors will explain what each maintenance service includes and why it is important for the health of your vehicle.
Your vehicle manufacturer recommends services, inspections and part repairs at regularly scheduled intervals to keep your vehicle running as it should. At Syed Service Centre, we offer Maintenance Services that follow the schedule as recommended in your owner's manual.

WHAT IS THE DIFFERENCE BETWEEN MAINTENANCE AND REPAIRS?

Repairs are services that are required or necessary when something on your vehicle is not working properly. Also, when your vehicle has worn to the point where a replacement is required to maintain the performance of your vehicle.

Maintenance is the routinely scheduled services, inspections and part replacements that your vehicle manufacturer recommends based on the age or mileage of your vehicle.
The schedule for performing these maintenance services varies from vehicle to vehicle. You will find the schedule for your vehicle in your owner's manual. Following this schedule is the best way to make sure your vehicle is performing as it should.

Jumaat, 26 Disember 2008

Tips Jimat Minyak Kenderaan

1. Pandu pada had laju di antara 75-90km/j

*Pandu secara tenang dan perlahan. Jikalau anda memandu dengan laju, ia akan menyebabkan kereta anda melalui lebih rintangan angin. Jika anda pandu dengan kelajuan 100km/j, anda akan membazir petrol. Ujian menunjukkan anda akan dapat lebih 40% perbatuan pada kelajuan 75-90km/j jika dibandingkan dengan 100kmj.

2. Enjin perlulah sentiasa dijaga

*Ujian yang dijalankan ke atas kebanyakan kereta membuktikan yang anda akan menjimat kos sebanyak 6% dengan menjalankan servis yang kerap kepada kereta anda. Jika kereta anda mengeluarkan asap hitam, ini akan menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak minyak. Oleh yang demikian, periksa kereta anda dengan segera. Kelewatan akan menyebabkan anda terpaksa bayar lebih dari segi petrol dan minyak, jika dibandingkan dengan harga servis kereta anda.

*Penggunakan plak akan menjimatkan lebih dari 1.5% petrol dan mengurangkan pengeluaran asap ekzos dan bahan pencemar.
*Servis kereta anda setiap 5000 kilometer.

3. Pandulah kereta anda dengan gear yang betul

*Penukaran gear yang salah akan menyebabkan lebih daripada 20% peningkatan pengunaan bahan api. Mulakan enjin kereta anda dengan gear yang pertama, dan hanya guna gear kedua apabila kereta anda berada di kawasan lumpur dan menurun bukit.

*Apabila memandu di kotaraya, tukar kepada gear yang lebih tinggi dan pastikan engin tidak mengalami kerumitan apabila berbuat demikian. Gunakan gear yang paling tinggi secepat mungkin.

*Guna gear yang sama apabila menaiki bukit dan menuruni bukit. Disyorkan agar anda memandu berdasarkan cadangan pengeluar kereta.

4. Jangan tunggu untuk memanaskan enjin kereta

*Pandu dengan gear rendah sehingga enjin kereta cukup panas.

5. Cara-cara menekan brek yang betul

*Pemanduan yang sering berhenti-henti akan merugikan petrol. Jika anda ingin berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur berbanding dengan cara membrek yang mengejut pada kelajuan yang tinggi.

6. Letakkan kaki anda berjauhan dari pedal pencengkam

*Hanya guna pedal pencengkam apabila anda ingin menukar gear. Tekanan ke atas pedal pencengkam yang berlanjutan akan menyebabkan pembaziran dan merosakkan lapisan pelindung pencengkam.

*Guna brek tangan jika anda berhenti di curaman.

*Jangan memanipulasikan pedal pencengkam dan pedal minyak untuk mengelakkan kereta daripada bergerak.

7. Sentiasa bersihkan penapis udara kereta

*Penapis udara mengelakkan debu dari merosakkan kereta. Debu akan menyebabkan kerosakan komponen enjin dan meningkatkan penggunaan bahan api.

8. Periksa tekanan tayar anda

*Tekanan tayar yang rendah akan meninggikan rintangan terhadap putaran tayar dan akan menyebabkan pengunnaan petrol yang lebih.

*Ujian menunjukkan yang 25% penurunan pada tekanan tayar akan meninggikan 5-10% kos petrol dan 25% hayat penggunaan tayar. Guna tayar radial untuk 3-7% penjimatan petrol.

9. Apabila berhenti, mematikan enjin kereta

*Sentiasa pastikan enjin kereta mudah dihidupkan. Simpan, bateri, dinamo, self-starter and ‘fan belt’ di dalam keadaan yang memuaskan. Ini akan memastikan permulaan yang cepat bila anda memerlukannya.
*Matikan engin kereta apabila berhenti lebih daripada 2 minit.

10. Guna gred minyak yang disyorkan

*Periksa buku panduan kereta dan cadangan pengeluar minyak sebelum anda menggunakan minyak enjin.

*Minyak enjin yang lebih likat daripada yang disyorkan akan menyebabkan 2% peningkatan penggunaan minyak. Tukar penapis minyak bersama-sama dengan minyak enjin.

11. Rancang jalan yang ingin dilalui

*Kesesakan lalu lintas ataupun trafik akan menyebabkan kerugian minyak yang besar. Anda akan dapat lebih perbatuan dari setiap liter jika anda mengambil jalan yang kurang sesak walaupun ia adalah jalan yang lebih panjang.

*Penggunaan minyak di jalan yang terlalu sesak akan menyebabkan dua kali ganda penggunaan minyak.

12. Kurangkan beban

*Beban yang berlebihan dalam kereta akan meningkatkan penggunaan bahan api.

*Pengurangan 50% beban akan membantu 2% penjimatan dalam petrol, apabila memandu di kota raya. Rak yang diletakkan kereta akan meningkatkan tentangan angin yang sekaligus akan meningkatkan penggunaan petrol.

13. Kongsi kereta

*Kongsi kereta anda dengan sesiapa yang perjalanannya sehaluan dengan anda. Anda boleh kongsi kosnya agar tidak membebankan.

Maklumat Perkhidmatan Kami.

Ini adalah maklumat perniagaan syarikat kami..
Copy dari business card je.. Sila klik imej untuk besarkannya..

Yang ni front view..


Dan yang ni, back view...



Anda juga e-mail kepada kami melalui alamat email berikut : -

syedservicecentre@yahoo.com.my atau

syazlan20@yahoo.com

Anda juga boleh mencatatkan sebarang komen dengan klik pada perkataan 'ulasan' di bawah.

Pengenalan


Salam...

Kepada para pelanggan yang dihormati...

Adalah dimaklumkan kepada semua pelanggan PUSAT SERVIS KERETA SYED (SSC), kami telah mengaktifkan semula kelab pelanggan kami yang telah dijenama semula.

BERITA BAIK!!..

Bermula tahun 2009, kami memulakan pengurusan pendaftaran keahlian dan mengendalikan segala aktiviti SSCMC yang berkaitan dengan diskaun/promosi perkhidmatan kami dan aktiviti permotoran.

Yuran penyertaan sebanyak RM12.00 dikenakan untuk menjadi Ahli Berbayar SSC MOTOR CLUB yang pastinya akan mendapat pelbagai keistimewaan sebagai ahli dalam komuniti yang kami tubuhkan ini

Kemanakah wang penyertaan RM12 anda disalurkan?

Pelekat Logo Rasmi: RM3

Kad Keahlian SSCMC: RM8

Kos pemprosesan, sampul surat dan Pos: RM1


JUMLAH = RM12 ( Ringgit Malaysia Dua Belas Sahaja )

(Sah tempohlaku keahlian selama 3 tahun)

Kunjungi kami hari ini untuk mendapatkan keistimewaan ini... Selamat Datang...