Selasa, 20 November 2012

Persaolan mengenai injin makan minyak hitam

Salam beberapa minggu lepas saya di hubung oleh seseorang, tiga saolan yang di tanya Pertama ,mengapa kenderaan saya makan minyak hitam setelah saya membuat perjalanan jauh,sebelum ni ok jer? Kedua Body kereta begetar apabila sampai di traffic Light Ketiga Brek mengeluarkan bunyi apabila handbrake dilepaskan terutamanya di waktu pagi Sebelum saya menjawab saolan saolan tersebut,ingin saya istiharkan saya bukan lah pandai sangat atau pun jawapan saya tidak menyamai dengan mekanik tuan puan kerana lain orang lain cara nya
Jadi menjawab saolan pertama,bebapa faktor mempengaruhi masalah ini yang utamanya ialah kehausan piston ring yang mana kelegaan ring tersebut akan membesar dan membenarkan minyqak injin yang berada di dinding blok memasuki ruang pembakaran,jadi minyak injin akan akan tebakar dan mengurangkan jumlah minyak yang berada dalam takong minyak injin,Bagi mengatasi masalah ini piston ring perlu ditukar dan secara tak langsung nya rombak rawat perlu di buat bak kata orang temeloh o bohol(overhaul) Kedua pengunaan minyak injin yang rendah kelikatan nya seperti semi synthetic atau fully synthetic kerana minyak jenis ini akan lebih mudah melepasi dinding piston ring dan seterusnya memasuki ruang pembakaran,tapi ia juga bergantung kepada keadaan piston rings itu sendiri jadi jika kenderaan telah makan minyak hitam (istilah non technical) maka guna lah minyak injin biasa aje SAE 20w-50 pun dan ok atua yang elok sikit 10w-40 Faktor ketiga ,perjalanan yang jauh akan mempercepatkan takat didih minyak injin itu sendiri dan ianya mudah terbakar walaupun tidak melepasi ke ruang pembakaran itu sendiri
Bagi saolan yang kedua dan ketiga ianya adalan bersangkutan, iaitu dibawah tajuk brek.Badan kenderaan begetar apabila berhenti di lampu persimpangan jalan terutamanya yang mengunakan transmisi aotu.Ini kerana pabila kenderaan sampai di lampu tukar kaler kebiasaan nya pemandu tidak akan mengubah gear dari posisi D ke N ini akan membenarkan gegaran injin dipindahkan ke badan kenderaan melalui brake pad dan disc brake dan satu lagi gejala drp habit ini ia akan memendamkan abuk abestos drp brake lining.Itu punca utama kenapa brek berbunyi selepas brek tangan dilepaskan ,Wallah hu alam

Khamis, 13 September 2012

BREK,BREK,BREK

Kalau baca tajuk nya situasinya mesti begini, suaranya mesti tinggi,dadanya bedebar debar, kakinya mesti lurus kebawah walaupun bukan dia yang memandu. Kali ini saya ingin bawakan satu tajuk yang amat penting dalam kenderaan kita yang mana ianya melibatkan nyawa kita iaitu
Brek!! Ianya amat penting dalam sistem kenderaan kita terutamanya dalam keadaan kecemasan terutamanya ketika cuba mengelak kemalangan dan memberhentikannya secara tiba-tiba. Aspek itu adalah ciri keselamatan yang perlu diberi perhatian pemilik kenderaan bagi mengelak kemalangan. Ia juga sama penting dengan fungsi bunga tayar yang bertindak sebagai pencengkam jalan apabila dalam keadaan seumpama itu. Mengikut jadualnya brek perlu diselenggara dan di servis setiap enam bulan sekali ataupun 10,000 km yang mana terdahulu dan minyak nya perlu diganti setiap 20,000km perjalanan.Mengapa 20,000km?? Sebab minyak tersebut akan menjadi “Vaporise” Mengeluap dan menghasilkan air dalam system minyak itu sendiri dan mengurangkan keberkesanan brek Sepekara lagi brek perlu diservis bagi mengeluarkan habok habok abestos yang terhasil apabila brek berfungsi,jika tidak sistem brek akan mengurangkan keberkesanan nya dan menghasilkan bunyi Lakukanlah servis terhadap bahagian berkenaan apabila mengenal pasti kekurangan pada sistemnya. . Minyak brek DOT 3 dan DOT 4 Apa bezanya DOT 3 dan DOT 4 bukan lah jenama brek ianya adalah keupayaan minyak itu mencapai takat didih dalam sistem brek dan mampu menahan perubahan haba di samping mengekalkan keadaan cecair yang diperlukan untuk fungsi brek yang betul. Bezanya DOT 3 mendidih pada 284 darjah manakala Dot 4 mendidih pada 311 darjah. Bagaimana anda boleh mengenalpasti brek anda perlu diservis? Ada beberapa cara mengesan masalah brek kenderaan iaitu Pertama,apabila pedal brek kereta terpaksa ditekan jauh ke hadapan ketika hendak memberhentikan kenderaan Kedua,terdapat bunyi bising pada bahagian berkenaan seperti yang saya katakan tadi Ketiga, apabila anda membrek,anda dapati kenderaan membuang (lari sebelah kiri atau kanan) Seterusnya apabila brek tangan ditarik tinggi.Dan bermacam macam jenis masalah yang lain dengan istilah seperti brek “spongy:,Brek Judder
Dinasihatkan apabila anda menggantikan pelapik brek(brake Pad) tukarkan ia dengan daripada jenama bermutu kerana brek antara ciri penting kepada sesebuah kenderaan. Ia adalah penentu keselamatan anda dan perlu diperiksa sepanjang masa. Pastikan juga penjajaran seimbang antara empat tayar. Penjajaran tidak seimbang mengakibatkan proses membrek menjadi berbahaya kerana kereta akan membuang ke tepi. Selepas kerja penjajaran, uji kenderaan anda pada kelajuan 20 kilometer sejam di jalan rata. Jika kerja penjajaran itu betul kereta sepatutnya bergerak seperti satu garisan lurus. Untuk mengujinya adalah mudah iaitu dengan memegang stereng secara ringan dan beberapa kali mengendalikan stereng dengan satu jari dan jika kereta masih bergerak lurus ia bermakna penjajaran yang dilakukan adalah betul. Untuk memastikannya berfungsi, tekan brek dengan kuat, jika kenderaan membuang ke tepi, ia tanda penjajaran tidak tepat. SEMPENA DENGAN ARTIKAL INI KAMI MENAWARKAN POTONGAN HARGA BAGI PENUKARARAN MINYAK BREK DOT 4 KINI HANYA RM 45.00 BERBANDING DGN HARGA BIASA RM RM 65.00 IANYA TERMASUK MINYAK BREK DOT 4, SERVIS KEEMPAT EMPAT BREK DAN LARAS "HAND BRAKE" Selamat memandu, semoga pemanduan anda selamat dan menyakinkan bertepatan dengan motto kami KEARAH PEMANDUAN YANG SELAMAT DAN MENYAKINKAN

Isnin, 30 Julai 2012

Promosi Balik Kampong Dan Hari Raya

Assalamualaikum Selamat menjalankan Ibadah puasa,Semoga Puasa kita tahun ini bertambah baik dan lebih bermutu drp tahun tahun sudah. Seperti tahun tahun sudah,kami mengambil kesempatan beramal pada bulan yang mubarak ini disamping berniaga,sekali lagi kami menganjurkan pemeriksaan percuma keatas kenderaan tuan tuan,agar perjalan pulang tuan puan tidak terganggu dengan masalah kereta tuan puan Pemeriksaan yang dilakukan keatas point point penting dalam kelancaran kenderaan anda seperti tali sawat kipas (Fan Belt) Brek, Bateri dan lain lain lagi yang mana boleh mengakibatkan anda sekeluarga "Tersadai" di tepi jalan Sekiranya pada masa pemeriksaan itu ada yang perlu diganti ,kami akan sarankan kepada anda menggantikan nya bagi kelancaran perjalanan anda samaada balik kampong mahupun berziarah di hari raya Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan hadiah sempena penukaran minyak injin dan penapis kenderaan anda ,Bekas makanan pelbagai guna dengan setiap Shell Helix HX5 15w-50 dan juga tempat simpanan barang dengan Shell helix HX7 5W -30
Ini hadiah minyak Shell HX7 Semi Syntheyic rega nye 110.00 sahaja
Dan ini gambaran hadiah Minyak Shell HX yang biasa Jadi kepada anda penduduk di daerah Temerloh dan sekitarnya yang telah mendapat maklumat ini jangan bertangguh lagi segeralah kebengkel kami untuk pemeriksaan dan penukaran minyak injin serta dapatkan lah ganjaran ganjaran itu tadi sebelum kehabisan stok dan nasihat kami jangan tunggu disaat akhir bila nak balik baru nak periksa kenderaan anda kerana pada masa tu kami pun sibuk dan kadang kala ada kerja kerja pembaikan memerlukan lebih dari sehari utk di baik pulih. Jadi ingat sebelum kena.kami pun nak beraya juga dan hari terakhir bengkel di buka pada 17,ogos 2012 bersamaan jumaat Akhir kata kami mengucapkan selamat menikmati ibadah puasa yang datang sekali dalam setahun,nikmati nya sebaik mungkin kerana kita tak pasti kita akan menikmatinya lagi pada masa masa yang akan datang Saya Syed Azlan Bin Syed Abd Rahim selaku tuan punya perniagaan bengkel ini memohon ampun dan maaf sekiranya ada kerja kerja yang dilakukan oleh pekerja pekerja saya yang tidak menepati tahap kepuasan tuan puan dan apa jua kesalahan yang kami lakukan semasa tuan puan berurusniga dengan pihak kami ,harap ianya dapat dimaafkan Begitu juga sekiranya ada teguran teguran,ketidakpuasan hati mahupun cadangan bolehlah di salurkan ke syedservice@yahoo,com atau pun ke talian 019-9191425 bercakap dengan saya mahupun sms Segala komen anda amat kami hargai bagi menambahbaik lagi perkhidmatan kami Assalamualaikum,

Rabu, 6 Jun 2012

BAIK BURUK PENGUBAHSUAIAN EKZOS PADA KENDERAAN

Assalamualaikum ,setelah sekian lama tak meng "Update" blog nie kini "kawan" kembali.Minta maap lah dan terima kasih kepada yang menyinggah Pada kali ini ,ingin dikongsikan bersama satu artikel baik buruk nya pengubahsuaian pada kenderaan anda.Kadang kala kawan terpikir jugak,Jurutera Jepun mahupun malayasia tiga ari tiga malam berpikir utk mengoptimumkan ciptaan mereka,contohnya suspensi,sampai sampai kat malaysia,org kita kerat jer spring yang mereka cipta Gonner tak ker haru??? Tak pe lah org m,sia mmg kreatif semoga artikel ini membawa sedikit sebanyak kebaikan Bagi mereka yang gemar melakukan pengubahsuaian pada sesebuah kenderaan,kebiasaannya antara komponen yang mula-mula diubahsuai ialah sistem ekzos.Seringkali di lebuh raya ada sahaja kenderaan yang menggunakan ekzos bersaiz besar diubahsuai memecut laju.Mungkin juga untuk menarik perhatian orang ramai agar memandang kereta mereka. Dari sudut amalan asas kejuruteraan automotif, jurutera telah melakukan kajian yang tepat untuk menentukan ekzos yang bersesuaian dengan kenderaan iaitu merujuk kepada kapasiti enjin,tekanan dibahagian ekzos untuk diselaraskan dengan sistem penyenyap. Ekzos boleh didefinisikan sebagai sistem yang menyalurkan gas2 terhasil daripada bahan bakar dalam enjin keluar melalui salur ekzos.Ekzos asal kenderaan kebiasaannya mempunyai dua silencer system (sistem alat penyenyap) dan satu alat pengesan gas beracun (catalytic converter) yang juga berfungsi sebagai penyenyap dua dan penyenyap hujung. Namun,kini ramai pengguna yang gemar untuk mengubahsuai ekzos mereka lebih-lebih lagi golongan muda mudi mungkin kerana suka dengan bunyi kuat sesuai dengan jiwa muda mereka. Jamal Arshad 27,atau lebih mesra dengan panggilan Jem telah mengubahsuai ekzos keretanya jenis Gen 2 nya dan mengakui dia dapat merasakan baik buruk pengubahsuaian ekzos ini. “Sudah lebih setahun saya ubahsuai ekzos dan kesannya kereta saya semakin pick up,berbeza semasa saya menggunakan ekzos asal dahulu. “Bunyinya agak kuat bagi saya ia merupakan satu kepuasan lebih-lebih lagi dengan kelajuan yang saya rasakan semakin meningkat,”katanya. Namaun beliau juga mengakui sejak menggunakan ekzos diubahsuai penggunaan kadar petrol keretanya semakin meningkat daripada kadar yang biasa,” katanya. “Walaupun kadar penggunaan petrol semakin meningkat tetapi kepuasan yang saya dapat lebih berbaloi,” ujarnya. Ditanya samada sejak mengubahsuai ekzos,keretanya pernah mengalami kerosakan enjin,ijam menafikannya enjin kenderaannya terjejas Cuma kadar pelepasan asap keretanya agak membimbangkan. “Sejak menggunakan ekzos ini kereta saya tak pernah rosak dan enjin pun saya rasakan dalam keadaan stabil tetapi saya sentiasa memantau dalam jangka masa panjang samada ia menjejaskan prestasi enjin. Saya juga kerap menggunakan kereta ini untuk perjalanan jauh terutama kerja luar dan balik kampung di Kodiang Kedah tapi setakat ini tiada masalah dalam enjin” katanya. “Cuma setakat ini masalah utama pengubahsuaian ekzos ini ialah kadar penggunaan petrol semakin meningkat,” katanya apabila ditemuramah baru-baru ini. Sebenarnya banyak lagi kesan sampingan yang perlu diketahui oleh pemilik kenderaan yang menukar ekzos sedia ada kepada yang lebih besar.Antaranya ialah pengubahsuaian ekzos juga boleh menyebabkan kehausan melampau pada injap ekzos ruang pembakaran. Dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa pengubahsuaian ekzos ini menjadikan enjin kenderaan semakin pick up adalah tidak memakai penebat haba iaitu satu alat pengesan dan menapis gas beracun (catalylic converter). Ia beban pada kenderaan dan secara tidak langsung menambahkan kelajuan.

Jumaat, 25 Jun 2010

SEBAB TAYAR KENDERAAN HAUS

Apakah yang menyebabkan tayar kenderaan haus dan tidak rata.Kehausan tayar yang tampak beralun atau bertompok pada satu bahagian tayar menggambarkan kerosakan penyerap hentak.Tayar ketara haus pada keseluruhan tayar.
Kehausan tayar boleh terjadi kerana kerosakan pada galas tayar yang haus dan longgar dan galas sterring yang terletak pada tengkuk motosikal anda.
Keseimbangan tayar perlu diperiksa semula jika didapati tayar masih bergegar,kerana kesimbangan tayar boleh hilang jika tayar mengalami pelanggaran lopak jalan terutamanya pada tayar yang menggunakan rim tayar lidi.
Rim sport lebih teguh dalam menghadapi keadaan jalan yang kurang memuaskan kerana ia tidak mudah bengkok.
Selain itu tayar yang sering haus di bahagian tengah saja disebabkan tekanan angin tayar terlalu tinggi, ssmentara kehausan pada kedua-dua sisi disebabkan angin yang tidak cukup.
Penggunaan tayar bersaiz kecil meningkatkan kehausan tayar kerana saiz permukaannya lebih kecil.Ia memberi kesan negatif kepada pemanduan dan kawalan motosikal anda.
Selain meningkatkan kehausan tayar berbanding tayar bersaiz standard,kebolehan mengambil selekoh juga terjejas walaupun tayar kecil akan lebih ringan dan laju terutama dijalan lurus.
Kuasa membrek akan berkurangan dan tahap keselamatan secara keseluruhan serta menurun kerana saiz tayar kecil tidak dapat menampung keperluan motosikal dari segi berat dan saiz motosikal itu sendiri.
Oleh itu penggunaan tayar kecil tidak digalakkan

Selasa, 15 Jun 2010

INJIN MATI TIBA TIBA-APA NAK BUAT?

Panduan pemeriksaan berikut mungkin boleh anda lakukan ketika berhadapan dengan masalah itu.Lakukan pemeriksaan berikut mengikut turutan.
 Periksa air bateri.Pastikan air bateri cukup iaitu paras airnya mesti merendam keseluruhan plat bateri.
 Periksa kepala bateri,pastikan tidak berkarat atau mempunyai keladak putih dan ketat. Jika berkarat,buka kepala bateri,kikis karat dengan kertas pasir atau pemutar skru,selepas itu pasang balik dengan ketat.
 Periksa air radiator.Jika kering tambahkan.
 Periksa palam pencucuh jika terdapat kesan minyak,bersihkan.Tukar dengan palam pencucuh sekiranya ia terlalu kotor atau sudah lama tidak menukarnya.Untuk mengelakkan masalah lain berulang pemilik kenderaan digalakkan menukarkan palam pencucuh setiap 40,000 kilometer.
 Periksa “coil”.Biasanya apabila ia panas,ia menjadi punca kenderaan sukar dihidupkan.Puncanya dalam keadaan normal coil mesti sejuk.
 Tunggu sehingga sejuk dan hidupkan kereta.Sekiranya boleh dihidupkan pergi ke bengkel terdekat untuk menukarnya dengan yang baru.
 Jika selepas menukar “coil” masih sukar untuk dihidupkan ia bermakna berlaku kerosakan pada bahagian kondeser.
 Jika ketika kenderaan dihidupkan ia tersengguk-sengguk kemungkinan besar masalah berkenaan berpunca daripada penapis minyak yang tersumbat.

Isnin, 24 Mei 2010

KENAPA PENYELENGARAAN KENDERAAN BERKALA MUSTAHAK

Sama ada anda menggunakan kereta terpakai atau baru, aspek yang perlu diambil berat adalah prestasi serta keselamatannya. Jika bercadang membeli kereta terpakai, seboleh-bolehnya bawa bersama mekanik atau rakan yang mahir bagi memeriksa kenderaan yang hendak dibeli,membolehkan kita mengesan kerosakan. Bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak bermasalah, pemilik dinsihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala.BAGAIMANA Dapatkan nasihat dari pusat servis supaya anda boleh lakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang. Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala, pengguna mengetahui keadaan kenderaan seperti mengesan bahagian atau komponen yang haus atau rosak dan perlu diganti. Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak kereta tidak berfungsi ketika dalam perjalanan, terutama ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh. Suatu langkah bijak ialah pemilik kenderaan menjadualkan penyelenggaraan dan menetapkan waktu yang sesuai untuk kerja membaikinya.Ha... sebab tu lah di SYED SERVICE CENTRE kami mensarankan kenderaan anda diperiksa secara berkala Ramai yang tidak mengambil berat untuk melakukan pemeriksaan, sebaliknya hanya mengharapkan pusat servis melakukannya sedangkan antara tempoh servis itu, pelbagai masalah boleh berlaku. Sebahagian pemeriksaan boleh dilakukan sendiri, seperti bunga dan tekanan angin tayar, tehap minyak pelincir, air bateri dan pengelap cermin. Jadikan amalan berjalan mengelilingi kereta setiap pagi sambil memeriksa tekanan angin tayar, lampu isyarat serta lampu besar agar sebarang kerosakan boleh dikesan. Jika kadar kehausan pada tayar tidak seimbang, menunjukkan penjajaran tayar tidak betul dan perlu dijajar semula. Jika jajaran roda sentiasa sempurna, jangka hayat tayar yang sekarang makin mahal, akan lebih lama membolehkan kita menjimatkan kos. Sekurang-kurangnya seminggu sekali periksa bahagian enjin,terutama tahap minyak pelincir, cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri. Jika tahap minyak pelincir berkurangan,periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak akan berkurangan jika enjin sempurna. Begitu juga dgn cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diganti atau tidak. Bateri yang kekurangan cecairnya boleh membawa padah, termasuk bateri tidak berfungsi dan lebih buruk ia menjadi panas dan terbakar. Air dalam radiator perlu di periksa selalu kerana ia amat penting memastikan enjin tidak terlalu panas, terutama ketika kesesakan lalu lintas. Pastikan anda mengganti minyak gear, sama ada manual atau automatik, mengikut jadual waktu ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatannya lalu gagal melindungi geseran komponen gear.Senang citer macam nila join SSC MEMBERCLUB kami bagi diskaun utk pembaikan dan penyelengaraan kereta anda,ada breakdown kome pegi, tayar pancit kome tukarkan ,battery weak kome tukarkan ,PERCUMA lagi kos tenga kerja la.Hubungi kami untuk keterangan lanjut di 09-2971425 kedatangan anda dialu alukan