Khamis, 13 September 2012

BREK,BREK,BREK

Kalau baca tajuk nya situasinya mesti begini, suaranya mesti tinggi,dadanya bedebar debar, kakinya mesti lurus kebawah walaupun bukan dia yang memandu. Kali ini saya ingin bawakan satu tajuk yang amat penting dalam kenderaan kita yang mana ianya melibatkan nyawa kita iaitu
Brek!! Ianya amat penting dalam sistem kenderaan kita terutamanya dalam keadaan kecemasan terutamanya ketika cuba mengelak kemalangan dan memberhentikannya secara tiba-tiba. Aspek itu adalah ciri keselamatan yang perlu diberi perhatian pemilik kenderaan bagi mengelak kemalangan. Ia juga sama penting dengan fungsi bunga tayar yang bertindak sebagai pencengkam jalan apabila dalam keadaan seumpama itu. Mengikut jadualnya brek perlu diselenggara dan di servis setiap enam bulan sekali ataupun 10,000 km yang mana terdahulu dan minyak nya perlu diganti setiap 20,000km perjalanan.Mengapa 20,000km?? Sebab minyak tersebut akan menjadi “Vaporise” Mengeluap dan menghasilkan air dalam system minyak itu sendiri dan mengurangkan keberkesanan brek Sepekara lagi brek perlu diservis bagi mengeluarkan habok habok abestos yang terhasil apabila brek berfungsi,jika tidak sistem brek akan mengurangkan keberkesanan nya dan menghasilkan bunyi Lakukanlah servis terhadap bahagian berkenaan apabila mengenal pasti kekurangan pada sistemnya. . Minyak brek DOT 3 dan DOT 4 Apa bezanya DOT 3 dan DOT 4 bukan lah jenama brek ianya adalah keupayaan minyak itu mencapai takat didih dalam sistem brek dan mampu menahan perubahan haba di samping mengekalkan keadaan cecair yang diperlukan untuk fungsi brek yang betul. Bezanya DOT 3 mendidih pada 284 darjah manakala Dot 4 mendidih pada 311 darjah. Bagaimana anda boleh mengenalpasti brek anda perlu diservis? Ada beberapa cara mengesan masalah brek kenderaan iaitu Pertama,apabila pedal brek kereta terpaksa ditekan jauh ke hadapan ketika hendak memberhentikan kenderaan Kedua,terdapat bunyi bising pada bahagian berkenaan seperti yang saya katakan tadi Ketiga, apabila anda membrek,anda dapati kenderaan membuang (lari sebelah kiri atau kanan) Seterusnya apabila brek tangan ditarik tinggi.Dan bermacam macam jenis masalah yang lain dengan istilah seperti brek “spongy:,Brek Judder
Dinasihatkan apabila anda menggantikan pelapik brek(brake Pad) tukarkan ia dengan daripada jenama bermutu kerana brek antara ciri penting kepada sesebuah kenderaan. Ia adalah penentu keselamatan anda dan perlu diperiksa sepanjang masa. Pastikan juga penjajaran seimbang antara empat tayar. Penjajaran tidak seimbang mengakibatkan proses membrek menjadi berbahaya kerana kereta akan membuang ke tepi. Selepas kerja penjajaran, uji kenderaan anda pada kelajuan 20 kilometer sejam di jalan rata. Jika kerja penjajaran itu betul kereta sepatutnya bergerak seperti satu garisan lurus. Untuk mengujinya adalah mudah iaitu dengan memegang stereng secara ringan dan beberapa kali mengendalikan stereng dengan satu jari dan jika kereta masih bergerak lurus ia bermakna penjajaran yang dilakukan adalah betul. Untuk memastikannya berfungsi, tekan brek dengan kuat, jika kenderaan membuang ke tepi, ia tanda penjajaran tidak tepat. SEMPENA DENGAN ARTIKAL INI KAMI MENAWARKAN POTONGAN HARGA BAGI PENUKARARAN MINYAK BREK DOT 4 KINI HANYA RM 45.00 BERBANDING DGN HARGA BIASA RM RM 65.00 IANYA TERMASUK MINYAK BREK DOT 4, SERVIS KEEMPAT EMPAT BREK DAN LARAS "HAND BRAKE" Selamat memandu, semoga pemanduan anda selamat dan menyakinkan bertepatan dengan motto kami KEARAH PEMANDUAN YANG SELAMAT DAN MENYAKINKAN