Selasa, 20 November 2012
Persaolan mengenai injin makan minyak hitam
Khamis, 13 September 2012
BREK,BREK,BREK
Isnin, 30 Julai 2012
Promosi Balik Kampong Dan Hari Raya
Rabu, 6 Jun 2012
BAIK BURUK PENGUBAHSUAIAN EKZOS PADA KENDERAAN
Assalamualaikum ,setelah sekian lama tak meng "Update" blog nie kini "kawan" kembali.Minta maap lah dan terima kasih kepada yang menyinggah
Pada kali ini ,ingin dikongsikan bersama satu artikel baik buruk nya pengubahsuaian pada kenderaan anda.Kadang kala kawan terpikir jugak,Jurutera Jepun mahupun malayasia tiga ari tiga malam berpikir utk mengoptimumkan ciptaan mereka,contohnya suspensi,sampai sampai kat malaysia,org kita kerat jer spring yang mereka cipta Gonner tak ker haru??? Tak pe lah org m,sia mmg kreatif semoga artikel ini membawa sedikit sebanyak kebaikan
Bagi mereka yang gemar melakukan pengubahsuaian pada sesebuah kenderaan,kebiasaannya antara komponen yang mula-mula diubahsuai ialah sistem ekzos.Seringkali di lebuh raya ada sahaja kenderaan yang menggunakan ekzos bersaiz besar diubahsuai memecut laju.Mungkin juga untuk menarik perhatian orang ramai agar memandang kereta mereka.
Dari sudut amalan asas kejuruteraan automotif, jurutera telah melakukan kajian yang tepat untuk menentukan ekzos yang bersesuaian dengan kenderaan iaitu merujuk kepada kapasiti enjin,tekanan dibahagian ekzos untuk diselaraskan dengan sistem penyenyap.
Ekzos boleh didefinisikan sebagai sistem yang menyalurkan gas2 terhasil daripada bahan bakar dalam enjin keluar melalui salur ekzos.Ekzos asal kenderaan kebiasaannya mempunyai dua silencer system (sistem alat penyenyap) dan satu alat pengesan gas beracun (catalytic converter) yang juga berfungsi sebagai penyenyap dua dan penyenyap hujung.
Namun,kini ramai pengguna yang gemar untuk mengubahsuai ekzos mereka lebih-lebih lagi golongan muda mudi mungkin kerana suka dengan bunyi kuat sesuai dengan jiwa muda mereka.
Jamal Arshad 27,atau lebih mesra dengan panggilan Jem telah mengubahsuai ekzos keretanya jenis Gen 2 nya dan mengakui dia dapat merasakan baik buruk pengubahsuaian ekzos ini.
“Sudah lebih setahun saya ubahsuai ekzos dan kesannya kereta saya semakin pick up,berbeza semasa saya menggunakan ekzos asal dahulu.
“Bunyinya agak kuat bagi saya ia merupakan satu kepuasan lebih-lebih lagi dengan kelajuan yang saya rasakan semakin meningkat,”katanya.
Namaun beliau juga mengakui sejak menggunakan ekzos diubahsuai penggunaan kadar petrol keretanya semakin meningkat daripada kadar yang biasa,” katanya.
“Walaupun kadar penggunaan petrol semakin meningkat tetapi kepuasan yang saya dapat lebih berbaloi,” ujarnya.
Ditanya samada sejak mengubahsuai ekzos,keretanya pernah mengalami kerosakan enjin,ijam menafikannya enjin kenderaannya terjejas Cuma kadar pelepasan asap keretanya agak membimbangkan.
“Sejak menggunakan ekzos ini kereta saya tak pernah rosak dan enjin pun saya rasakan dalam keadaan stabil tetapi saya sentiasa memantau dalam jangka masa panjang samada ia menjejaskan prestasi enjin.
Saya juga kerap menggunakan kereta ini untuk perjalanan jauh terutama kerja luar dan balik kampung di Kodiang Kedah tapi setakat ini tiada masalah dalam enjin” katanya.
“Cuma setakat ini masalah utama pengubahsuaian ekzos ini ialah kadar penggunaan petrol semakin meningkat,” katanya apabila ditemuramah baru-baru ini.
Sebenarnya banyak lagi kesan sampingan yang perlu diketahui oleh pemilik kenderaan yang menukar ekzos sedia ada kepada yang lebih besar.Antaranya ialah pengubahsuaian ekzos juga boleh menyebabkan kehausan melampau pada injap ekzos ruang pembakaran.
Dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa pengubahsuaian ekzos ini menjadikan enjin kenderaan semakin pick up adalah tidak memakai penebat haba iaitu satu alat pengesan dan menapis gas beracun (catalylic converter). Ia beban pada kenderaan dan secara tidak langsung menambahkan kelajuan.
Jumaat, 25 Jun 2010
SEBAB TAYAR KENDERAAN HAUS
Kehausan tayar boleh terjadi kerana kerosakan pada galas tayar yang haus dan longgar dan galas sterring yang terletak pada tengkuk motosikal anda.
Keseimbangan tayar perlu diperiksa semula jika didapati tayar masih bergegar,kerana kesimbangan tayar boleh hilang jika tayar mengalami pelanggaran lopak jalan terutamanya pada tayar yang menggunakan rim tayar lidi.
Rim sport lebih teguh dalam menghadapi keadaan jalan yang kurang memuaskan kerana ia tidak mudah bengkok.
Selain itu tayar yang sering haus di bahagian tengah saja disebabkan tekanan angin tayar terlalu tinggi, ssmentara kehausan pada kedua-dua sisi disebabkan angin yang tidak cukup.
Penggunaan tayar bersaiz kecil meningkatkan kehausan tayar kerana saiz permukaannya lebih kecil.Ia memberi kesan negatif kepada pemanduan dan kawalan motosikal anda.
Selain meningkatkan kehausan tayar berbanding tayar bersaiz standard,kebolehan mengambil selekoh juga terjejas walaupun tayar kecil akan lebih ringan dan laju terutama dijalan lurus.
Kuasa membrek akan berkurangan dan tahap keselamatan secara keseluruhan serta menurun kerana saiz tayar kecil tidak dapat menampung keperluan motosikal dari segi berat dan saiz motosikal itu sendiri.
Oleh itu penggunaan tayar kecil tidak digalakkan
Selasa, 15 Jun 2010
INJIN MATI TIBA TIBA-APA NAK BUAT?
Periksa air bateri.Pastikan air bateri cukup iaitu paras airnya mesti merendam keseluruhan plat bateri.
Periksa kepala bateri,pastikan tidak berkarat atau mempunyai keladak putih dan ketat. Jika berkarat,buka kepala bateri,kikis karat dengan kertas pasir atau pemutar skru,selepas itu pasang balik dengan ketat.
Periksa air radiator.Jika kering tambahkan.
Periksa palam pencucuh jika terdapat kesan minyak,bersihkan.Tukar dengan palam pencucuh sekiranya ia terlalu kotor atau sudah lama tidak menukarnya.Untuk mengelakkan masalah lain berulang pemilik kenderaan digalakkan menukarkan palam pencucuh setiap 40,000 kilometer.
Periksa “coil”.Biasanya apabila ia panas,ia menjadi punca kenderaan sukar dihidupkan.Puncanya dalam keadaan normal coil mesti sejuk.
Tunggu sehingga sejuk dan hidupkan kereta.Sekiranya boleh dihidupkan pergi ke bengkel terdekat untuk menukarnya dengan yang baru.
Jika selepas menukar “coil” masih sukar untuk dihidupkan ia bermakna berlaku kerosakan pada bahagian kondeser.
Jika ketika kenderaan dihidupkan ia tersengguk-sengguk kemungkinan besar masalah berkenaan berpunca daripada penapis minyak yang tersumbat.
Isnin, 24 Mei 2010
KENAPA PENYELENGARAAN KENDERAAN BERKALA MUSTAHAK
Sama ada anda menggunakan kereta terpakai atau baru, aspek yang perlu diambil berat adalah prestasi serta keselamatannya. Jika bercadang membeli kereta terpakai, seboleh-bolehnya bawa bersama mekanik atau rakan yang mahir bagi memeriksa kenderaan yang hendak dibeli,membolehkan kita mengesan kerosakan. Bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak bermasalah, pemilik dinsihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala.BAGAIMANA Dapatkan nasihat dari pusat servis supaya anda boleh lakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang. Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala, pengguna mengetahui keadaan kenderaan seperti mengesan bahagian atau komponen yang haus atau rosak dan perlu diganti. Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak kereta tidak berfungsi ketika dalam perjalanan, terutama ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh. Suatu langkah bijak ialah pemilik kenderaan menjadualkan penyelenggaraan dan menetapkan waktu yang sesuai untuk kerja membaikinya.Ha... sebab tu lah di SYED SERVICE CENTRE kami mensarankan kenderaan anda diperiksa secara berkala Ramai yang tidak mengambil berat untuk melakukan pemeriksaan, sebaliknya hanya mengharapkan pusat servis melakukannya sedangkan antara tempoh servis itu, pelbagai masalah boleh berlaku. Sebahagian pemeriksaan boleh dilakukan sendiri, seperti bunga dan tekanan angin tayar, tehap minyak pelincir, air bateri dan pengelap cermin. Jadikan amalan berjalan mengelilingi kereta setiap pagi sambil memeriksa tekanan angin tayar, lampu isyarat serta lampu besar agar sebarang kerosakan boleh dikesan. Jika kadar kehausan pada tayar tidak seimbang, menunjukkan penjajaran tayar tidak betul dan perlu dijajar semula. Jika jajaran roda sentiasa sempurna, jangka hayat tayar yang sekarang makin mahal, akan lebih lama membolehkan kita menjimatkan kos. Sekurang-kurangnya seminggu sekali periksa bahagian enjin,terutama tahap minyak pelincir, cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri. Jika tahap minyak pelincir berkurangan,periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak akan berkurangan jika enjin sempurna. Begitu juga dgn cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diganti atau tidak. Bateri yang kekurangan cecairnya boleh membawa padah, termasuk bateri tidak berfungsi dan lebih buruk ia menjadi panas dan terbakar. Air dalam radiator perlu di periksa selalu kerana ia amat penting memastikan enjin tidak terlalu panas, terutama ketika kesesakan lalu lintas. Pastikan anda mengganti minyak gear, sama ada manual atau automatik, mengikut jadual waktu ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatannya lalu gagal melindungi geseran komponen gear.Senang citer macam nila join SSC MEMBERCLUB kami bagi diskaun utk pembaikan dan penyelengaraan kereta anda,ada breakdown kome pegi, tayar pancit kome tukarkan ,battery weak kome tukarkan ,PERCUMA lagi kos tenga kerja la.Hubungi kami untuk keterangan lanjut di 09-2971425 kedatangan anda dialu alukan



