Selasa, 20 November 2012

Persaolan mengenai injin makan minyak hitam

Salam beberapa minggu lepas saya di hubung oleh seseorang, tiga saolan yang di tanya Pertama ,mengapa kenderaan saya makan minyak hitam setelah saya membuat perjalanan jauh,sebelum ni ok jer? Kedua Body kereta begetar apabila sampai di traffic Light Ketiga Brek mengeluarkan bunyi apabila handbrake dilepaskan terutamanya di waktu pagi Sebelum saya menjawab saolan saolan tersebut,ingin saya istiharkan saya bukan lah pandai sangat atau pun jawapan saya tidak menyamai dengan mekanik tuan puan kerana lain orang lain cara nya
Jadi menjawab saolan pertama,bebapa faktor mempengaruhi masalah ini yang utamanya ialah kehausan piston ring yang mana kelegaan ring tersebut akan membesar dan membenarkan minyqak injin yang berada di dinding blok memasuki ruang pembakaran,jadi minyak injin akan akan tebakar dan mengurangkan jumlah minyak yang berada dalam takong minyak injin,Bagi mengatasi masalah ini piston ring perlu ditukar dan secara tak langsung nya rombak rawat perlu di buat bak kata orang temeloh o bohol(overhaul) Kedua pengunaan minyak injin yang rendah kelikatan nya seperti semi synthetic atau fully synthetic kerana minyak jenis ini akan lebih mudah melepasi dinding piston ring dan seterusnya memasuki ruang pembakaran,tapi ia juga bergantung kepada keadaan piston rings itu sendiri jadi jika kenderaan telah makan minyak hitam (istilah non technical) maka guna lah minyak injin biasa aje SAE 20w-50 pun dan ok atua yang elok sikit 10w-40 Faktor ketiga ,perjalanan yang jauh akan mempercepatkan takat didih minyak injin itu sendiri dan ianya mudah terbakar walaupun tidak melepasi ke ruang pembakaran itu sendiri
Bagi saolan yang kedua dan ketiga ianya adalan bersangkutan, iaitu dibawah tajuk brek.Badan kenderaan begetar apabila berhenti di lampu persimpangan jalan terutamanya yang mengunakan transmisi aotu.Ini kerana pabila kenderaan sampai di lampu tukar kaler kebiasaan nya pemandu tidak akan mengubah gear dari posisi D ke N ini akan membenarkan gegaran injin dipindahkan ke badan kenderaan melalui brake pad dan disc brake dan satu lagi gejala drp habit ini ia akan memendamkan abuk abestos drp brake lining.Itu punca utama kenapa brek berbunyi selepas brek tangan dilepaskan ,Wallah hu alam