Rabu, 6 Jun 2012

BAIK BURUK PENGUBAHSUAIAN EKZOS PADA KENDERAAN

Assalamualaikum ,setelah sekian lama tak meng "Update" blog nie kini "kawan" kembali.Minta maap lah dan terima kasih kepada yang menyinggah Pada kali ini ,ingin dikongsikan bersama satu artikel baik buruk nya pengubahsuaian pada kenderaan anda.Kadang kala kawan terpikir jugak,Jurutera Jepun mahupun malayasia tiga ari tiga malam berpikir utk mengoptimumkan ciptaan mereka,contohnya suspensi,sampai sampai kat malaysia,org kita kerat jer spring yang mereka cipta Gonner tak ker haru??? Tak pe lah org m,sia mmg kreatif semoga artikel ini membawa sedikit sebanyak kebaikan Bagi mereka yang gemar melakukan pengubahsuaian pada sesebuah kenderaan,kebiasaannya antara komponen yang mula-mula diubahsuai ialah sistem ekzos.Seringkali di lebuh raya ada sahaja kenderaan yang menggunakan ekzos bersaiz besar diubahsuai memecut laju.Mungkin juga untuk menarik perhatian orang ramai agar memandang kereta mereka. Dari sudut amalan asas kejuruteraan automotif, jurutera telah melakukan kajian yang tepat untuk menentukan ekzos yang bersesuaian dengan kenderaan iaitu merujuk kepada kapasiti enjin,tekanan dibahagian ekzos untuk diselaraskan dengan sistem penyenyap. Ekzos boleh didefinisikan sebagai sistem yang menyalurkan gas2 terhasil daripada bahan bakar dalam enjin keluar melalui salur ekzos.Ekzos asal kenderaan kebiasaannya mempunyai dua silencer system (sistem alat penyenyap) dan satu alat pengesan gas beracun (catalytic converter) yang juga berfungsi sebagai penyenyap dua dan penyenyap hujung. Namun,kini ramai pengguna yang gemar untuk mengubahsuai ekzos mereka lebih-lebih lagi golongan muda mudi mungkin kerana suka dengan bunyi kuat sesuai dengan jiwa muda mereka. Jamal Arshad 27,atau lebih mesra dengan panggilan Jem telah mengubahsuai ekzos keretanya jenis Gen 2 nya dan mengakui dia dapat merasakan baik buruk pengubahsuaian ekzos ini. “Sudah lebih setahun saya ubahsuai ekzos dan kesannya kereta saya semakin pick up,berbeza semasa saya menggunakan ekzos asal dahulu. “Bunyinya agak kuat bagi saya ia merupakan satu kepuasan lebih-lebih lagi dengan kelajuan yang saya rasakan semakin meningkat,”katanya. Namaun beliau juga mengakui sejak menggunakan ekzos diubahsuai penggunaan kadar petrol keretanya semakin meningkat daripada kadar yang biasa,” katanya. “Walaupun kadar penggunaan petrol semakin meningkat tetapi kepuasan yang saya dapat lebih berbaloi,” ujarnya. Ditanya samada sejak mengubahsuai ekzos,keretanya pernah mengalami kerosakan enjin,ijam menafikannya enjin kenderaannya terjejas Cuma kadar pelepasan asap keretanya agak membimbangkan. “Sejak menggunakan ekzos ini kereta saya tak pernah rosak dan enjin pun saya rasakan dalam keadaan stabil tetapi saya sentiasa memantau dalam jangka masa panjang samada ia menjejaskan prestasi enjin. Saya juga kerap menggunakan kereta ini untuk perjalanan jauh terutama kerja luar dan balik kampung di Kodiang Kedah tapi setakat ini tiada masalah dalam enjin” katanya. “Cuma setakat ini masalah utama pengubahsuaian ekzos ini ialah kadar penggunaan petrol semakin meningkat,” katanya apabila ditemuramah baru-baru ini. Sebenarnya banyak lagi kesan sampingan yang perlu diketahui oleh pemilik kenderaan yang menukar ekzos sedia ada kepada yang lebih besar.Antaranya ialah pengubahsuaian ekzos juga boleh menyebabkan kehausan melampau pada injap ekzos ruang pembakaran. Dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa pengubahsuaian ekzos ini menjadikan enjin kenderaan semakin pick up adalah tidak memakai penebat haba iaitu satu alat pengesan dan menapis gas beracun (catalylic converter). Ia beban pada kenderaan dan secara tidak langsung menambahkan kelajuan.